July 31st, 2006 by mohdmiza
ari paling x best sejak aku start keje . memang x best . pegi keje ngan basah dan lagik sejuk sebab naik moto . ye lah kalau naik kete mau mati nak bayar minyak ngan nak hadapi jam yang sememangnya panjang . kena marah ngan ketua it sebab sistem dan dia suruh aku buat lain ish macam babi betul . nak aje aku lepaskan segala kemaran aku dalam ni tapi takpe nasib baik la penyelia aku cool kan aku . (comel2* hihihihihi) . ah ape pun aku betul x puas ati dengan en.fazli tu ade ke suruh aku buat mcm2 dah la aku sorang aje kat sini buat sistem ni banyak la kau punya cantik . takpe2 nanti aku jadik bos kau aku belasah cukup2 . dah la kena belajar sendiri pasal sistem ni nak tanya orang kat office hampeh semua x tau kadang2 aku rasa mcm aku paling power dalam sistem kat sini …hihihihihi. ape pun esok aku nak jumpa pensyarah nak tanya dia pasal sistem . doakan aku berjaya melalui ari2 yang lagi 4 bulan ni .ok
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
July 30th, 2006 by mohdmiza
ok disebabkan selama ni banyak yang kutuk bloc aku so aku nak perbaiki skit la dari segi ejaan dan tatasusunan ayatnya . hahahaha
disebabkan diri ini yang kurang sihat so aku ambik mc utuk ari juamaat jadik aku cuti tiga ari hihihhii best dapat mc . skang ni sibuk mengajar bebudak silat untuk sukem aku rasa semangat betul la sebab ramai yang masuk silat tahun ni so aku taget 3 emas utuk tahun ni . hidup silat burhan .
ade beberapa berita sedih ye la aku x dapat main satu sebab lutut aku masih sakit so x tahu la mcm mana nak main silat atau taekwondo boleh atau tak . eeeemm tapi takpe azim ade dia boleh ganti aku sebab berat kita orang lebih kurang aje hihihhiihi.
cuti ni memang menarik sebab aku bayak rehat aje n tido ye lah x sihat la katakan hhihihhii ape pun esok keje so bermula la lembaran baru untuk minggu depan . skang ni aku dah dapat projek kedua untuk sistem inventori lak sistem lama dah 90% siap kira ok la sebab buat sorang2 …eemmm kalau nak kira2 hebat jugak la aku sebab dapat juga bertahan ngan sistem ni sorang2 taniah untuk aku ….huhuhuhu
ok esok keje la tido awal ….zzzzzzzzzzz
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 24th, 2006 by mohdmiza
hari ini dalam sejarah emm satu tajuk yang menarik kalau dibuat berita di tv 1 . permulaan hari ini bermula dengan baik dengan aku bagun awal dan sampai keje awal 07.59 hahaha nasib baik tak merah punchcard aku . ari ni aku kekeringan duit so terpaksa la aku cakap kat penyelia aku yang aku nak pegi bank ambik duit .. nak jadikan cete bank aku yng tinggal yg masih ade duit ADALAH TABUNG AJI …hihihihi nak buat mcm mana terpaksa la aku kuarkan jugak duit suci (sapek bagi gelaran) tersebut .
terima kasih jugak pada moto zack yang dapat menahan minyak dari kehabisan sebelum kuar duit sebab memang dah E gle fuh….nasib baik yelah aku terpaksa pegi balik office dan kolej sebab terlupa buku akaun ….sebagai balasannya aku dapat turn no 17 pelikan (kimin) yelah selalunya mesti abis2 sejam setengah la jugak nak kena tunggu …ye tak kimin (thanks sebab temankan aku dulu) . ok abis kisah pagi aku sambung keje kat office yg memeningkan kepala aku .
2.35 petang ….aku masuk keje balik tiba2 aku dapat masej ym dari kawan lama aku x jumpa . la dah masuk tablik rupanya ….eeemmm aku memang ade banyak pendapat tentang tablik ni . tapi bagi aku aku bukan menetang tapi kurang bersetuju dengan budaya tablik di malaysia ni .
memang ianya memberikan satu perubahan ke arak kebaikkan tentang beragama tetapi cara hidup dan budaya yang di bawa yang aku kurang pasti dan kurang senangi .
kita sebagai hamba allah s.w.t memang mudah terlupa dan untuk itu lah perlunya ade peringatan2 seperti ini, ianya memberikan satu fenomena yang terselah dari segi penghayatan dan juga perlakuan .memang tidak dinafikan ianya satu hijrah yang baik dimana segala yang buruk ditinggalkan dan menuju ke arah kebaikan dan pengekalannya yang tega .
yang aku kurang senangi ini adalah gaya hidup golongan2 seperti ini dimana aku lihat mereka ini seperti tidak mementingkan wasatiah dan menuju kebaratan yang satu hala . dimana segala penghayatan tentang kehidupan di dunia ditinggalkan . macam mana dengan soal keluarga, anak isteri, sosial kepada masyarakat dan juga negara . di sini saya harap kawan2 sekalian dapat memberi fokus kepada intitusi kekeluargaan itu sendiri . dlama islam itu sendiri ada menyatakan betapa pentingnya kekeluargaan itu dan pedana menteri kita sendiri ada menyebut tentang islam hadari yang meliputi segala aspek . sanggupkah mereka ini meninggal kan kewajipan sebagai suami dan ayah untuk hanya berdakwah dalam masa yang lama ada yang meninggalkan keluarga sampai 2-3 tahun . mcm mana dengan nafkah isteri dan macam mana pula dengan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya . itu yang menjadi persoalan kapada aku . ada yang sanggup tinggal kan masyarakat dan tido di masjid atau surau mcm mana pula dengan soal makan adakah hanya menungu simpati derma dan mcm mana dengan kebersihan bukankah kebersihan itu satu aspek yang ditekankan dalam agama. dan saya tak nafikan ada juga golongan yang kaya yang menyertai tablik tapi golongan seperti ini saya tidak ragu2 kerana mereka sudah mempunyai sumbangan kepada masyarakat dan negara .jadi mari lah kita fikir2kan dan jika saya ade tersalah cakap atau tersalah fakta silalah perbetulkan . kesimpulanya amalkan wasatiah dalam apa juga aspek kehidupan kita fikirkan baik dan buruk sebelum membuat keputusan .
Posted in Uncategorized | No Comments »